24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Menteri Kewangan tepat tentang tuntutan 40 peratus: Bernard

SOKONG… PBS Karanaan diketuai oleh Datuk Bernard Dalinting menyokong jawapan Masidi berkenaan tuntutan 40 peratus

RANAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karanaan sebulat suara menyokong jawapan Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berhubung isu Surat Tuntutan ke atas tuntutan 40 peratus seperti termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Ketua PBS Karanaan, Datuk Bernard J Dalinting berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat jawatankuasa bahagian yang diadakan di sini pada Sabtu.

“Terdahulu kami, jawatankuasa PBS Karanaan mengadakan mesyuarat jawatankuasa PBS yang pertama bagi tahun 2024 di mana kami telah mencapai keputusan sebulat suara untuk menyokong penuh pendirian DSP Masidi dalam isu itu.

Hasil daripada surat tuntutan dan usaha berterusan kerajaan negeri, bayaran interim telah dibayar kepada Kerajaan Negeri. Ini bukti Kerajaan Negeri serius menuntut 40 peratus itu,” katanya.

Sementara itu, Bernard berkata bahagian itu juga akan menyokong usaha kerjasama antara PBS dan STAR untuk memupuk hubungan yang lebih erat, kerana ini akan membawa kepada pengukuhan kedudukan politik kedua-dua parti di seluruh negeri.

Dalam pertemuan itu, pelbagai isu lain mengenai situasi setempat di Ranau telah dibangkitkan, dan PBS Bahagian Karanaan turut menggesa beberapa pihak berkuasa di sini mengambil tindakan serius terhadap perkara yang dibincangkan.

“PBS Karanaan menggesa agar masalah kesesakan jalan raya yang memasuki pekan Ranau dari Kundasang dan Lohan dapat diatasi secepat mungkin kerana masalah ini telah mendatangkan banyak kesukaran terutama kepada pengguna jalan raya dan penduduk setempat pada musim puncak.

“Berhubung masalah air di sini, PBS Karanaan menggesa Jabatan Air mencari jalan atau langkah bagi menyelesaikan masalah gangguan air terawat di pekan Ranau dan kawasan sekitar yang sering dihadapi pengguna pada musim hujan.

“Mengenai bekalan elektrik di seluruh daerah, kami juga menggesa Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) meningkatkan bekalan elektrik yang sering berlaku gangguan bekalan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN