25.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Menteri Kanan Pendidikan lawat SMK Labuan

DR RADZI menandatangani kanvas sempena 100 tahun SMK Labuan.

LABUAN: Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr Radzi Md Jidin yang melakukan lawatan kerja dua hari ke Labuan baru-baru ini, berkesempatan untuk melawat SMK Labuan.

Menurut Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah, lawatan kerja ini merupakan salah satu pengisian aktiviti sempena Sesi Libat Urus   beliau ke Labuan.

“Tujuan lawatan ke SMK Labuan ialah untuk melihat perkembangan projek-projek penyelenggaraan membabitkan Dewan Mutiara dan Blok Pentadbiran, selain meninjau persedian sekolah sempena pengoperasian semula sekolah yang  dijadual pada 4 Oktober ini” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Ismail berkata, projek  penyelenggaraan Dewan Mutiara dan Blok Pentadbiran berjalan  dengan lancar bagi  memberi  lebih  keselesaan kepada murid semasa  sesi pengajaran dan pembelajaran  semasa sesi persekolahan bermula nanti.

Katanya,  blok pentadbiran mengandungi Pejabat Am, Bilik Guru, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Bestari dan Makmal Sains.

KENANGAN…. Dr Radzi (tiga dari kiri) bersama Ismail (dua kiri)  bergambar kenangan bersama pentadbir sekolah.

“Bilik darjah dan persekitaran sekolah memerlukan pembersihan berterusan kerana masih ada tempoh sebulan sebelum persekolahan bersemuka dimulakan.

“Untuk memastikan murid-murid dapat kembali sekolah dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka dengan lebih selesa dan selamat, pihak sekolah telah merangka  beberapa SOP  yang akan diguna pakai ketika berada dalam kawasan sekolah dan juga semasa penyuraian murid”, katanya.

Pada sesi lawatan itu, Dr. Radzi turut menandatangani kanvas kenangan sempena Sambutan 100 Tahun SMK Labuan.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia,  Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datin Sri Hajjah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Raisin Saidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusup Mohamad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN