GAMBAR: Senator Datuk Dr Radzi.
LABUAN: Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md. Jidin (gambar) mengadakan lawatan kerja dua hari ke Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut bersama dalam lawatan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Datin Sri Nor Zamani Abdol Hamid.
Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia, lawatan tersebut bertujuan bagi mendapatkan pandangan dan input menjelang pembukaan sekolah pada bulan depan.
Sempena dengan lawatan itu, beberapa sesi perjumpaan turut dilakukan antaranya sesi libat urus bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dan menengah serta Pengetua dan guru besar yang melibatkan semua sekolah menengah dan rendah.