26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Menjelang Tahun Baru Cina, UMNO Keningau adakan ‘walkabout’ sekitar Pasar Pagi Keningau

Zati (tengah)bersama rombongan mengabadikan gambar kenangan di perkarangan pasar.

KENINGAU:Menjelang sambutan Tahun Baru Cina (CNY) 2022 pada Selasa ini, UMNO Bahagian Keningau telah mengadakan program ‘walkabout’ di sekitar Pasar Pagi Keningau kelmarin.

Program yang diketuai oleh  Ketua Pergerakan Puteri UMNO Keningau, Puan Siti Noor Zati Kamelah Sairin itu disertai pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Keningau 

.

Selain itu, wakil Pergerakan Pemuda UMNO Keningau turut sama-sama menyertai program itu.

Sepanjang ‘walkabout’ berkenaan, di samping mengucapkan selamat Tahun Baru Cina dan menyampaikan kalendar, Zati bukan saja berpeluang beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung pasar, malah sempat mendengar keluhan rakyat.

“Program yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Keningau itu juga dapat menyangkal persepsi bahawa UMNO Keningau sudah tidak relaven” kata Zati selepas program itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN