PERARAKAN ….Guru-guru bersama kanak-kanak Tadika Ceria Idaman Cahayaku Ranau.
RANAU: ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’, demikian halnya dalam mendidik anak-anak dalam apa juga aspek positif dalam kehidupan mereka hendaklah bermula dari usia muda.
Demikian yang hendak diterapkan oleh Tadika Ceria Idaman Cahayaku Paka Dua , terletak satu kilometer dari pekan Ranau yang mengadakan sambutan Maulidul Rasul peringkat Tadika itu pada Jumaat.
Guru Besarnya, Ustzah Asiah Binti Mazimin bersama 6 orang guru pembantunya, mengadakan aktiviti sambuatan itu, meskipun secara sederhana setiap tahun namun, membuktikan satu keprihatinan pihak Taska untuk memberi pendedahan kepada anak-anak tentang apa itu sambutan Maulidur Rasul.
Sempena program itu, kanak-kanak bersama guru-guru mereka mengadakan ‘Perarakan’ S sekitar sekolah sambil Bersalawat kepada Nabi.

Antara kanak-kanak berasa seronok menyertai perarakan.
“Program ini adalah antaralain yang dirancang sebagai pengisian dalam takwin tahunan Taska ini yang bertemakan ‘Ilmu Itu Cahaya”, jelas Ustazah Asiah sambil berterima kasih kepada ibu bapa atau penjaga anak-anak kerana membantu menjayakan program tersebut yang dihadiri 40 orang kanak-kanak.
“Saya mewakili Taska merakam penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana
menyediakan sumbangan berupa makanan dan minuman pada majlis ini”, jelasnya.
“Kita mengharapkan anak-anak Taska di sini akan membesar dengan pendedahan aktiviti agama yang positif sebagai tunjang kehidupan masa depan mereka.
“Selain itu, kita amat memberi penekanan dalam pendidikan kepada kanak-kanak supaya lebih mentaati kedua ibu bapa masing-masing selain pendidikan dalam aspek akademik serta moral” tambah Ustazah Asiah.