24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JAMES RATIB: MENCEBURI BIDANG PERTANIAN MAMPU JANA PENDAPATAN LUMAYAN

Datuk James Ratib
Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan Negeri Sabah

SUGUT: Menceburi bidang pertanian merupakan salah satu sumber pendapatan lumayan jika diusahakan secara sistematik serta memberi penumpuan serius terhadap tanaman yang diusahakan.

Mengulas perkara itu, Datuk James Ratib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan N.48 Sugut menjelaskan, para belia digalakkan untuk menceburi bidang pertanian walaupun dalam skala yang kecil dan membuang stigma negatif bahawa menjadi petani merupakan pekerjaan yang terletak dibawah hasta randah.

Sebahagian Pusat Pembenihan Avocado yang terdapat dikawasan Sugut Beluran

“Jangan malu untuk bercucuk tanam walau apa sahaja tanaman yang diusahakan. Ketika ini banyak bukti jelas mereka yang bergelar petani dan peladang memperolehi kejayaan besar serta mendapat pendapatan yang lumayan menerusi pertanian yang mereka usahakan. Ada dikalangan mereka tidak perlu ke menara gading untuk mendapatkan pendidikan khusus mengenai pertanian, malah hanya memiliki sikap sabar dan tekun untuk berkerja’’, jelas James pada Ahad.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah menyatakan, penanaman kelapa jenis Matac dan Taccunan yang boleh menghasilkan santan berkualiti serta buah Avocado yang mempunyai pasaran tinggi didalam dan luar negara sangat digalakkan ketika ini. Disamping itu, usaha menternak ikan air tawar seperti Talapia, Siakap dan Keli juga antara usaha perikanan yang boleh mendatangkan hasil lumayan.

Tegasnya lagi, Kementerian Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah sentiasa terbuka untuk memberi sebarang bantuan keperluan bersesuaian kepada mana-mana pengusaha pertanian yang benar-benar serius untuk memulakan bidang itu. Dalam masa sama, kementeriannya juga memiliki pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran khas dalam apa juga bidang pertanian seperti penanaman sawit, kelapa, buah-buahan serta penternakan ikan, lembu dan rusa.

‘’Saya galakkan para belia untuk merebut peluang menjadi petani berjaya. Jangan malu kerana bidang inilah yang boleh menjana ekonomi diri dan keluarga pada tahap yang lebih baik jika anda tekun berusaha. Saya sendiri sejak dahulu lagi walaupun bergelar ahli politik, saya amat berminat dalam bidang pertanian dan memiliki beberapa kebun yang saya usahakan sendiri untuk menambah pendapatan”, katanya.

Pusat Penyemaian benih Kelapa Sawit disekitar kawasan Sugut Beluran

Selain itu, James turut mengalu-alukan usaha daripada golongan belia negeri ini dalam perternakan burung walit yang disifatkannya amat mudah untuk diternak tanpa banyak menggunakan tenaga. Katanya, penternakan burung walit memang memerlukan kos yang agak besar namun berbaloi dari sudut pulangan hasil kerana sarang burung walit ketika ini boleh mencecah RM 4,500.00 sekilogram.

‘’Memang modal agak besar mengikut kapasiti saiz rumah burung walit yang dibina. Namun kerajaan ketika ini membuka ruang luas untuk mereka yang berminat memohon modal pinjaman bagi mendirikan rumah burung walit di tapak tanah mereka yang bersesuaian’’, jelas James.

Ketika ini perusahaan sarang burung walit mulai berkembang dibeberapa daerah dalam negeri Sabah antaranya Kota Marudu, Pitas, Paitan dan Beluran. Pasaran produk berasaskan sarang burung walit juga mendapat permintaan tinggi negara-negara luar seperti China dan Jepun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN