30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mencabar dan lasak, satu pengalaman penuh bermakna

KENANGAN… Dato’ Nahaidi bersama Puteri Syazwina(kiri), Puteri Syasya dan adik mereka semasa di RRF Kigiok Ranau.

RANAU: Walaupun pada mulanya ada perasaan takut namun, kami adik beradik  mencuba juga untuk menimba ilmu situasi yang mencabar  dengan suasana aktiviti lasak kata, dua pengunjung dari Semenanjung, adik Puteri Syazwina  15 , pelajar Tingkatan 3 di SMK Puterajaya Presint 8(1) dengan kakaknya Puteri Syasya Irdina 18 Binti Dato’ Nahaidi pelajar  UITM Cawangan Raub yang mengadakan lawatan belajar bersama keluarga ke Ranau, Kundasang dan sekitar Kota Kinabalu baru-baru ini.

Kedua-dua beradik itu sempat mengikuti aktiviti Mount Kinabalu Sky Bike sejauh 500 meter berhampiran Ranau Rabbit Farm (RRF) dekat Kg.Kigiok terletak kira-kira 6 kilometer dari pekan Ranau.

Menurut Syazwina, itulah pengalaman pertama mereka mengikuti Sky Bike, seakan berbasikal di udara amat menyeronokkan walaupun agak mencabar.

Selain Sky Bike keluarga mereka juga sempat ke Taman Air Panas Poring, Dairy Farm Mosilou, Sudut Selfie pekan Kundasang dan Marakau Bombon sebelum balik ke Kota Kinabalu pada petangnya dan keesoknya balik ke Semenanjung.

“Kunjungan kami ke Sabah khususnya ke daerah Ranau dan Kundasang amat menarik dalam hidup kami yang sukar dilupakan, meskipun musim tengkujuh (hujan) tetapi tidak membantut  lawatan kami”, jelas Syasya.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN