27.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Menara Telekomunakasi baharu akan selesaikan masalah liputan di Parlimen Kimanis: Mohamad

Kelihatan Mohamad bersama penduduk meninjau antara tapak yang dikenalpasti untuk mendirikan menara tekekomunikasi ini


KIMANIS: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berkata pembinaan Menara Telekomunikasi di kawasan itu akan dapat menyelesaikan isu liputan telekomunikasi dan jaringan internet di kawasan Parlimen Kimanis.

Beliau berkata dengan pembinaan menara telekomunikasi yang baharu nanti ianya rakyat di kawasan Parlimen Kimanis akan mendapat liputan internet yang lebih baik dan pentas dari yang ada sekarang.

“Masih ada kawasan di luar bandar dan terpencil di kawasan Parlimen Kimanis yang masih belum mendapat liputan telekomunikasi dan internet dan dengan ada pembinaan menara baharu ini nanti penduduk di kawasan ini boleh berhubung antara satu dengan lain cepat melalui alam maya,” katanya.

“Mereka bukan saja dapat berhubung melalui media sosial malah mendapatkan pelbagai sumber maklumat dari laman web dan aplikasi yang lain,” tambahnya.

Mohamad yang juga Pengerusi Mypo berkata demikian ketika mengadakan tinjauan di beberapa kawasan yang dikenalpasti untuk pembinaan manara baharu itu.

Antara tempat2 yang telah dikenalpasti ialah seperti Kg Tiong Baru, Kg Kitana Ulu Membakut, Kg Lembah Poring, Kg Ulu Lumagar, Kg Sumbiling, Kg Nyaris Nyaris, Kg Lubang Batu Mandahan, Kg Lingan Lama/Baru, Kg Kinolosodon dan beberapa kawasan lagi.

“Kita berharap Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan dapat nempercepatkan pembinaan ini agar rakyat terutama golongan pelajar mendapat perkhidmatan internet yang lebih laju,” katanya.

Beliau berkata isu liputan internet amat mendesak untuk penduduk luar bandar terutama semasa Pergerakan Kawalan Ketat (PKP) akibat pandemik Covid-19 di mana pelajar terpaksa belajar dari rumah dan begitu juga sebahagian kaki tangan awam yang tinggal di kawasan Parlimen Kimanis itu juga bertugas dari rumah.

Mohamad berkata beliau telah berulang kali membangkitan isu liputan telekomunikasi dan jaringan internet beberapa kali semasa sidang Parlimen tahun lalu sebelum ini.

“Allhamdullilah respons dari KKM amat positif dan berharap perancangan untuk mendirikan menara telekomunikasi ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu penduduk di kawasan Parlimen Kimanis menyambut baik berita gembira ini dan berharap pembinaan menara ini dapat dipercepatkan sekurang- kurangnya dalam tahun ini juga.

“Kita berharap menara-menara baharu ini dapat didirikan dalam masa terdekat terutama di kawasan yang belum lagi mendapat liputan telekomunikasi dan jaringan internet,” kata beberapa orang penduduk di Membakut dan Kimanis.

Mereka berkata dengan adanya menara tekekomunikasi baharu ini ianya bukan saja akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik di kampung-kampung tertentu malah kampung-kampung yang berdekatan dengan menara ini didirikan.

Mereka turut memuji dan berterima kasih atas usaha yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kimanis ini yang akan dapat memberikan kemudahan telekomunikasi yang lebih baik untuk rakyat di kawasan Parlimen Kimanis ini nanti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN