Peserta kursus merakam kenangan bersama Jusnah ( berdiri enam kanan), Tan Eng Sing (bertopi), William(enam kiri) dan Nordiana (mencangkung dua kiri)selepas penyampaian Sijil Kehadiran.
RANAU: Membuat Kraftangan tempatan boleh menjana pendapatan lumayan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh dan bijak mempelbagai bentuk serta jenama produk yang lebih menarik.
Demikian hasrat yang cuba diusahakan oleh 15 orang surirumah yang menyertai Kursus Asas Kraf Manik dan ‘Dalai’ di ruang Pejabat Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) pekan Ranau baru-baru ini.
Kursus itu yang dianjurkan JKDB dibawah Biro Inovasi dan Prasarana, diketuai Christana Nordiana Ansow, sementara Tenaga Pengajarnya Usahawan Kraft Sabah, Jusnah Jinos yang juga pemilik Jusnah Kraft Enterprise.
Pengerusi JKDB pekan Ranau, Tan Eng Sing ketika ditemui, mengharapkan dengan adanya kursus asas seumpama itu, akan memberi pengalaman baharu kepada masyarakat daerah Ranau khususnya golongan kaum ibu atau surirumah yang berminat serta berkemahiran membuat kraftangan berasaskan manik ‘Dalai’ untuk dipasarkan kepada masyarakat setempat malah ke luar negeri.
Menurut Tan Eng Sing, antara kraf yang dipelajari dan dihasilkan oleh peserta menerusi kurus singkat itu berasakan manik Dalai ialah, Cincin, Subang, Gelang Kaki, Gelang Tangan, Rantai dan banyak lagi.
“Mereka akan mengikuti Sesi Kursus kali kedua yang akan diadakan dalam masa terdekat”, jelas Tan.
Hadir sama pada majlis penyampaian Sijil penyertaan ialah, Setiausaha Kehormat JKDB pekan Ranau, Willian Babah Dunggi.
             Â