31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Memiliki Dadah, Lelaki Tempatan Ditahan

DITAHAN ..Suspek ketika ditahan polis di sini pada Khamis

RANAU: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didapati memiliki dadah disyaki jenis Syabu bertempat di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Dumpiring Atas, Kundasang, kemarin.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton berkata, suspek lelaki berumur lingkungan 20-an itu ditahan sepasukan anggota Polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ranau yang sedang menjalankan tugas Ops Tapis pada jam lebih kurang 1.30 pagi.

Katanya, ketika ditahan suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian.

“Pemeriksaan keatas badan suspek telah menjumpai satu peket plastik lutsinar kecil yang berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis Syabu anggaran berat kasar 0.30 gram yang disembunyikan di dalam poket seluar yang dipakainya.

“Harga semasa dadah disyaki jenis syabu yang dirampas tersebut dianggarkan bernilai RM150. Ujian saringan air kencing keatas suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut DSP Sammy, suspek dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada segenap lapisan masyarakat Ranau agar menghindarkan diri daripada terlibat dengan kegiatan dadah dan menyeru agar terus menyalurkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah kepada pihak polis.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN