29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MEMANDU SECARA MERBAHAYA, SUSPEK DITAHAN SEMBUNYI DALAM TANDAS

Gambar- DSP Sammy Newton, Ketua Polis Ranau

Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU : Seorang lelaki berjaya ditahan Polis dalam sebuah tandas awam berhampiran Terminal Bas Ranau, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Sammy Newton, berkata, terdahulu suspek dipercayai memandu secara merbahaya di Kilometer 2, Jalan Ranau-Tamparuli, lebih kurang 9.41 pagi pada 20 Mei lalu seperti yang tular di media sosial Facebook.

Katanya, bertindak atas maklumat yang diperolehi melalui Mobile Computerized On-Line Payment System (MCOPS), sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, telah mengesan suspek yang bersembunyi di dalam sebuah tandas awam.

Kereta yang dipandu suspek ketika kejadian – Foto IPD Ranau

“Suspek yang ditahan telah diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ranau untuk menjalani ujian saringan awal air kencing.

“Hasil saringan telah mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin, hari ini.

Menurutnya lagi, Kes  disiasat dibawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN