DR ZALIHA (tengah) bersama warga media Labuan pada Malis Aidilftri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (wilayah Persekutuan bersama Media, di sini,pada Khamis.
LABUAN: Persatuan Penggiat Media Labuan bakal menerima geran peruntukan berjumlah RM30,000 daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa bagi membantu persatuan itu menjalankan aktiviti kemasyarakatan di pulau ini.
Pemberian geran peruntukan itu telah diumumkan oleh menterinya, Dr. Zaliha Mustafa pada Majlis Aidilfitri YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Bersama Media yang diadakan di salah sebuah resturan terkemuka disini pada Khamis.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin.
Terdahulu Dr Zaliha ketika berucap pada majlis itu berkata, pihak media khususnya di Labuan telah banyak memainkan peranan dalam membantu menyebarluaskan maklumat yang sahih dan tepat berhubung dengan dasar dasar kerajaan dan aktiviti serta program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan.
“Tidak dapat dinafikan Media Labuan yang menjadi tulang belakang kerajaan dalam melaporkan perkembangan dan kemajuan mengenai Labuan kepada rakyat”, katanya.
Pada majlis itu, Dr Zaliha juga mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pendapat dan cadangan yang diberikan oleh warga media yang meliputi penambahbaikan dan pandangan mengenai pembangunan dan kemajuan Labuan khususnya yang melibatkan sektor pelancongan dan pelaburan.