26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MBL komited wujudkan  pertubuhan belia di setiap kampung

Nazera (duduk tiga dari kanan), Haris (duduk empat dari kanan) bersama barisan kepimpinan kelab belia Durian Tunjong yang baru ditubuhkan.

Labuan: Majlis Belia Labuan (MBL) terus berusaha memperkasakan pembangunan belia di pulau ini dengan mewujudkan semula penubuhan kelab belia di peringkat kampung.

Presiden MBL, Nazera Roslan berkata penubuhan kelab belia di peringkat kampung menjadi platform penting  belia untuk menyuarakan idea, pandangan dan aspirasi mereka  terhadap pembangunan komuniti.

“Selain itu, penubuhan belia menjadi landasan terbaik  belia untuk berkongsi isu isu belia secara efektif samaada diperingkat negeri mahupun kebangsaan”, katanya ketika berucap merasmikan penubuhan kelab belia kampung Durian Tunjong di sini baru baru ini.

Nazera berkata, pemimpin masyarakat termasuk  Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK)  memainkan peranan penting dalam menyokong usaha MBL menubuhkan kelab  belia di peringkat kampung.

“MBL yakin JPKK akan memberi sokongan kepada golongan belia   untuk menubuhkan kelab belia di kampung masing masing  sekaligus memperkasakan suara belia di peringkat akar umbi”, katanya

“Usaha ini bukan sahaja memartabatkan suara belia di peringkat akar umbi,  tetapi juga memperkukuhkan jaringan sokongan untuk pembangunan belia secara menyeluruh  di Labuan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN