ADVERTISEMENTspot_img

MBL kemuka tiga usul di MPBN Wilsyah Persekutuan

Dr Zaliha bersama peserta Persidangan Majlis Perunding Belia Negeri Wilayah Persekutuan.

Kuala Lumpur: Majlis Belia Labuan (MBL) mengemukakan tiga usul pada persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri (MPBN (Wilayah Persekutuan penggal 35 2025-2026.

MPBN yang berlangsung di ibu negara itu telah dipengerusikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Zaliha Mustapha.

Tiga usul yang di kemukakan oleh MBL itu merupakan usul penting yang melibatkan ekonomi Labuan. Pembangunan industri hiliran Petroleum Labuan, serta peningkatan peluang pendidikan termasuk penubuhan MRSM dan biasiswa untuk anak Labuan.

Tiga usul penting itu masing masing telah dibentangkan oleh Ahli Sidang Belia Wilayah, Nasrullah Hanudin, Naib Presiden Dua MBL, Yusrie Mohd Daud dan Bendahari Kelab Belia Kampung Patau Patau 1, Irham Zulhilmi Mohd Johan.

Persidangan turut membincangkan dua cabaran besar negara iaitu penguatkuasaan penurunan had umur belia dan peralihan negara ke arah status negara menua, yang disertai dengan peluang strategik untuk dimanfaatkan.

Sementsra itu Dr. Zaliha turut membentangkan lima cadangan utama iaitu mempercepat pembangunan bakat sebelum umur 30 tahun, memposisikan belia sebagai peneraju silver economy, membina kerjasama lintas generasi, memperkukuh daya tahan kewangan belia, dan menginstitusikan suara belia dalam pembentukan dasar negara.

Delegasi MBL dihadiri seramai 15 orang terdiri daripada exco-exco, pengerusi badan gabungan MBL, dan wakil mahasiswa, diketua Presiden Majlis Belia Labuan, Nazera Roslan.

Turut hadir, Ketua Pegawsi Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukursn Taib dan Pengarah Jabatan Belua Dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Mahanum Fauzi.

Menutut Nazera, MBL komited untuk memastikan setiap usul yang dibawa dapat diterjemahkan menjadi tindakan melalui kerjasama erat bersama agensi berkaitan, demi masa depan belia Labuan yang progresif dan berdaya saing.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN