25 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mayat perempuan ditemukan pemandu lori, dipercayai dibunuh.

Mayat perempuan ditemukan terbaring

PAPAR: Mayat perempuan berusia lingkungan 30-an dipercayai dibunuh telah  ditemukan pemandu lori di Kilometer 30, Jalan Papar – Beaufort, Papar, sekitar pukul 9.30 pagi kemarin.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Anak Umpit berkata, pemandu lori menjumpai mayat tersebut dalam keadaan terbaring dan hidung berdarah serta terdapat beberapa kesan luka pada tubuh mangsa.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan telah menghubungi pihak polis untuk melaporkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal polis mendapati, terdapat kesan tikaman pada bahagian rusuk belakang sebelah kiri mangsa. Mangsa juga tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

“Siasatan masih diteruskan dan kes telah disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kemarin.

DSP Batholomew memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat serta mempunyai pertalian dengan mangsa atau ahli keluarga yang hilang agar tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Papar dan berjumpa dengan Pegawai Penyiasat ASP Rosli bin Rasi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Papar bagi membantu siasatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN