33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mayat lelaki ditemui terbaring  dalam bilik sebuah rumah  berkunci

DITEMUKAN…Mayat Mohd Faizal yang terbaring di tepi katil  dalam bilik tidur  ditemukan oleh angota bomba

LABUAN:  Mayat seorang lelaki hampir reput  ditemui  terbaring  dalam sebuah bilik tidur oleh sepasukan bomba selepas membuka pintu sebuah rumah yang berkunci di Taman Ensu kampung Kerupang, di sini, pada petang Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan, Rahman Ali berkata,   pihaknya menerima panggilan  dari Jabatan Kesihatam bagi membantu untuk memecah pintu  rumah   di lokasi berkenaan  kira-kira jam 5.30 petang.

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan  sepasukan anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian untuk membantu membuka pintu rumah yang terkunci.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba berjaya membuka pintu rumah dan seterusnya menemukan mayat lelaki yang hampir reput di tepi katil bilik tidur rumah tersebut” katanya ketika dihubungi di sini.

Jelas beliau, mayat lelaki  tersebut telah di bawa keluar dan diserahkan kepada pegawai perubatan dan polis   untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, pihak polis yang turut membuat siasatan telah mengesahkan lelaki  tersebut dikenali sebagai Mohd Faizal Teh, 43  dan telah meninggal dunia hampir tiga hari lalu.

“Hasil siasatan  juga mendapati si mati mempunyai sejarah  sakit darah tinggi  selain  gout dan pihak polis  mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai kes mati mengejut (SDR)” katanya.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN