27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Maxwell Walter Cyril juara Sugandoi Kaamatan Keningau 2022

Robert menyampaikan hadiah kepada  Maxwel.

KENINGAU:Maxwell Walter Cyril dinobatkan sebagai juara pertandingan Sugandoi Kaamatan Daerah Keningau yang berlangsung di Pusat Kraftangan Sabah malam tadi.

Maxwell membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.00 bersama hadiah iringan yang lain.

Tempat kedua disandang oleh Olga Anne Christopher yang membawa pulang hadiah RM1,000.00 bersama hadiah iringan.

Sementara itu tempat ketiga  jatuh kepada Glorytta Tanaus @ Richard yang menerima hadiah RM500.00 bersama hadiah iringan.

ll.Robert (tengah)bergambar kenangan bersama pemenang dan AJK Penganjur

Glorytta Tanaus   @ Richad sekali gus merangkul undian paling popular manakala persembahan kerbaik disandang oleh Bedrip Edwin.

Pertandingan Sugandoi Kaamatan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN