CENDERAHATI…. Peter menyampaikan cenderahati kepada Joachim sebagai tanda penghargaan merasmikan Pesta Kaamatan KDC 2022 peringkat Labuan.
LABUAN: Masyarakat Kadazan Dusun, Murut dan Rungus KDMR) di pulau ini perlu terus memainkan peranan dan tanggung jawab dalam mempertahankan budaya unik ini sebagai pegangan dan pemangkin kearah kemajuan kendiri dalam pelbagai bidang.
Naib Presiden Persatuan Kadazan Dusun Murut (KDCA) Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, masyarakat KDMR khususnya golongan anak muda di pulau ini perlu mengekalkan pegangan adat resam dan kebudayaan mereka sebagai pemangkin utama kearah kemajuan kendiri dalam pelbagai bidang.
“Setiap anggota masyarakat KDMR memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam mempertahankan budaya masing masing disamping memastikan perpaduan dan keharmonian terus dipupuk dan diwariskan kepada generasi muda” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan perayaan Kaamatan KDCA peringkat Labuan, di Padang Majal, Pohon Batu, disni, hari ini.
Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah turut memuji KDCA Labuan yang berjaya mengekalkan adat resam kaum KDMR yang masih giat dilaksanakan dan ini akan mengeratkan lagu hubungan sesama kaum etnik di pulau ini.

MESRA…Joachim (tengah) bersama Rozman (ima dari kiri barisan tengah) dan Peter ( enam dari kanan barisan tengah) bersama AJK induk Pesta Kaamatan KDC Labuan
“Dengan adanya penubuhan jawatankuasa induk KDCA Labuan yang menjadi penggerak aktiviti KDMR dan juga sebagai penghubung kepada KDCA Hongkod Koisan di Sabah. Saya yakin budaya dan kebiasaan (kobasanan) amalan turun temurun suku KDMR tidak akan dilupakan oleh generasi baharu” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah berkata, sambutan Pesta Kaamatan kali ini yang bertemakan ‘ Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi’ menekankan supaya alam sekitar perlu dijaga dan dilindungi agar keindahan semulajadi dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.
“Pesta Kaamatan tanda kesyukuran kita ke atas perolehan hasil tuaian penanaman padi dan mengharapkan agar rezeki yang akan datang lebih bertambah baik serta menunjukkan identiti kita sebagai KDMR yang ditunjukan melalui bahasa, budaya adat resam dan muzik tradisi serta pakaian tradisional” katanya.
Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Ahli Lembaga Pengarah Asian Supply Base Sdn. Bhd., (ASB) Labuan, Peter Mak, Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd, Japar Esteban dan Pengerusi KDCA Labuan, Peter Pikul.