Foto: Antara kain rentang yang dipasang, tingkatkan kesedaran masyarakat di sini.
RANAU: Penduduk semua kampung di daerah ini, terus beri kerjasama kepada pihak kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19, yang kini sudah mengorbankan ratusan ribu penduduk dunia sejak 18 Mac 2020.
Ramai Pengerusi Majlis Pengurusan Komumiti Kampung (MPKK), yang di temui, masing-masing menyokong usaha kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai barisan hadapan menangani jangkitan Coronavirus (Covid-19).
Menurut mereka, tindakan menguat-kuasakan sekatan jalan raya oleh PDM dan arahan kerajaan menutup beberapa premis adalah bertujuan baik bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 daripada menular dikalangan rakyat.
“Kita harus akur dengan arahan kerajaan, supaya ‘Stay At Home’ (diam di rumah) sepanjang penguat-kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”,jelas Pengerusi MPKK Kg.Paka Dua Ranau, Syeah Amran Bin Subin.
“Ya kita juga perlu memakai penutup mulut dan hidung, kerap membasuh tangan menggunakan sabun (sanitizer) dan menjarakkan 1 meter antara satu sama lain sepanjang KPK yang kini masuk hari kedua bagi Fasa 3, (15 April-28 April) seperti yang diarah kerajaan”, kata Ketua Adat (Ketua Kampung) Kg.Tungou Ranau, Haidin Bin Hasim.
Tinjauan penulis ke bebarapa buah kampung di Ranau kelmarin mendapati terpampang kain rentang kenyataan di jalan masuk kampung melarang orang luar masuk ke kampung tanpa urusan
penting. –TAMAT–