Kerja-kerja melepah daging lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Kg.Tontolob Liwan Tambunan.
TAMBUNAN: Masyarakat Islam Kg.Tontolob Liwan di sini, terus membudayakan perpaduan dan permuafakatan serta memupuk ikatan Silaturrahim dikalangan mereka.
Budaya kunjung-mengunjungi dikalangan mereka semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha adalah suatu yang telah mereka amalkan sejak dahulu agar persaudaaran sentiasa terpelihara.
Sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, sebanyak 20 orang keluarga di kampung itu telah menerima agihan daging korban yang di sembelihkan Imam Masjid Kg.Tontob Liwan, Samirin Bin Daimin.
Seekor lembu yang dikorbankan itu merupakan sumbangan daripada seorang ahli perniagaan dari daerah Tambunan, Haji Arshad Bin Haji Diasin.
Imam Samirin ketika ditemui mewakili penduduk merakam penghargaan dan terima kasih atas sumbangan lembu untuk tujuan korban pada tahun ini di Kg.Tontolob Liwan.
“Masyarakat Islam di kampung ini mengharapkan agar ada lagi menyumbang ternakan seperti yang dilakukan Haji Arshad”, tambah Samirin.
           Â