24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masyarakat Islam DUN Paginatan dapat agihan kurma sempena Ramadan tahun ini. 

HASIN (kiri)..Pengerusi Masjid Kg.Tanah Merah menerima sumbangan kurma disampaikan PPM Hisyamuddin (kanan)

RANAU: Menjelang bulan Ramadan Al-Mubarak 1441H/2020M, masyarakat Islam di sini khususnya dalam kawasan DUN Paginatan, mula menerima sumbangan bungkusan (pek) buah kurma daripada wakil rakyat kawasan itu, Datuk Abidin Madingkir.

Sebahagian daripada 1,800 pek buah kurma berkualiti yang menjadi hidangan tradisi terutama ketika berbuka puasa,
telah diserahkan kepada pengurusan beberapa buah Masjid dan Surau di kawasan DUN Paginatan bermula hari ini.

HISYAMUDDIN (kedua kiri) ketika menyampaikan sumbangan kurma kepada Azrin (Masjid Libang)

Penyerahan sumbangan diketuai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Paginatan, Hisyamuddin Harun, mewakili Abidin Madingkir.

Abidin ketika dihubungi Borneo Daily Bulletin berkata, selain bantuan makanan asas yang telah diagihkan kepada penduduk terjejas susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, pihaknya juga turut menyediakan sedikit sumbangan berupa buah kurma untuk masyarakat Islam di kawasan beliau.

Masjid Lohan Ulu turut menerima sumbangan buah Kurma.

“Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini akan memberi manfaat kepada masyarakat Islam khususnya dalam kawasan saya.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam di daerah ini yang dijangka bermula pada 24 April,” katanya.

Abidin juga berkata, keadaan tentunya amat berbeza bagi Ramadan tahun ini apabila umat Islam berpuasa ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. 

Hisyamuddin (kedua kiri) ketika menyampaikan sumbangan kurma untuk masyarakat Islam Kg.Silou, diwakili Hasbi

“Semoga segala ujian serta cabaran yang terpaksa ditempuhi umat Islam dalam mengerjakan ibadah puasa ketika berdepan ancaman wabak Covid-19 dan arahan PKP dapat diharungi dengan tenang dan lebih bermakna.

“Pasti ada hikmah di sebalik musibah yang melanda dunia ketika ini termasuk arahan PKP yang dikuatkuasakan kerajaan takala umat Islam sedang dalam persiapan menyambut Ramadan,”ujarnya.

Abidin dalam masa yang sama, menggesa masyarakat di sini agar terus memberi kerjasama dan mematuhi peraturan serta arahan ditetapkan kerajaan terutamanya mematuhi PKP.

Wakil Kg.Kilimu menweima sumbangan disampaikan Hisyamuddin (kanan)

“Jangan ingkar dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengamalkan penjarakan sosial untuk memastikan pandemik COVID-19 dapat dikawal daripada terus merebak,” tambah beliau.

PKP yang mula dilaksanakan 18 Mac lalu,  dijangka akan berakhir 28 April ini, namun tidak mustahil untuk dilanjutkan jika sikap rakyat yang masih berdegil sehingga menyebabkan kes jangkitan COVID-19 bertambah. –TAMAT





ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN