26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 17, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid, Surau terima sumbangan Ramadan daripada ADUN Nabawan

Ghani (ketiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Ramadan kepada Pengerusi Masjid Al-Hidayah Pekan Nabawan Ustaz Shamsul Mohd Diah.

NABAWAN: Enam Masjid dan 14 Surau terima sumbangan Ramadan dalam dalam bentuk wang tunai, bakul makanan, beras, kurma, sejadah, biskut raya dan banting ucapan selamat berpuasa daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.

Masjid yang menerima sumbangan tersebut terdiri daripada Masjid Al-Hidayah Pekan Nabawan, Masjid Al-Hudah Kampung Bahagia, Masjid Al-Fattah Kampung Tetagas, Masjid Kampung Padang Sepulut, Masjid Syahadatul Mutaqqin Pensiangan dan Masjid Al-Bar Pegalungan.

Sementara itu Surau Kampung Solog, Surau Kampung Pandiwan, Surau Kampung Pemuntarian, Surau Kampung Ulu Mosopoh, Surau Kampung Sarikan, Surau Annur Kampung Dua, Surau Kampung Loboh, Surau Al-Falah Kampung Murni C, Surau Kampung Pulutan Nabawan, Surau Al-Muhairin SMK Nabawan I, Surau SMK Nabawan II, Surau SMK Sepulut, Surau Kampung Tinanduk dan Surau Kampung Salong turut menerima sumbangan.

Sumbangan disampaikan pada majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan Ramadan di dewan terbuka Masjid pekan Nabawan.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) sumbangan itu membantu keperluan jemaah dalam menjalankan majlis berkaitan bulan Ramadan seperti majlis berbuka puasa dan sebagainya.

Katanya, sumbangan seumpama ini diberi kepada setiap Masjid dan Surau setiap tahun.

“Pada bulan Ramadan dan bulan Syawal kita akan sampaikan sumbangan kepada Masjid dan Surau, pada sambutan Krismas kita juga menyampaikan sumbangan kepada gereja-gereja Kristian di daerah ini” jelasnya.

Inilah katanya, keunikan masyarakat di Sabah khususnya di daerah ini yang bersatupadu walaupun berbilang kaum dan kepercayaan.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai, Ketua Daerah Nabawan Ulin Datuk Pamiang, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Nabawan Puan Sitam Ansulah, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Nabawan Ag Azuan Pg Hamzah dan beberapa AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Beliawanis.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN