31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor sempurnakan ibadah korban, sembelih tujuh ekor lembu.

Haji Yazid mengagih-agihkan daging lembu korban.

KENINGAU:Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor menyembelih tujuh ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Pengerusi Masjid Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @Charles berkata, lembu-lembu berkenan disumbangkan oleh enam orang individu dan Ahli Parlimen P.180 Keningau merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan.

Katanya, daging korban itu diagih-agih kepada seramai 223 orang dari 12 kampung di sekitar Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.

Haji Yazid berkata, penyembelihan lembu tersebut telah dilakukan oleh Imam Masjid Imam Jusli Ibrahim dan Setiausaha Masjid Kamaruddin Said.

“Mudah-mudahan dengan ibadah korban yang kita lakukan itu, rezeki kita semakin bertambah berkat dan dijauhi segala maksiat serta malapetaka.

Semoga ibadah korban dan amal kebajikan yang kita lakukan atas dasar keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala diterima dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda” kata Haji Yazid.

Pada masa sama Haji Yazid berterima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana Ibadah  korban  ini yang diketuai oleh Setiausaha Masjid Kamaruddin Said yang telah melaksanakan dengan teratur, tertib seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN