26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Alfalah Bukit Kalam anjur program imarah masjid tarik generasi belia sepanjang Ramadan

PENGERUSI Masjid…. Amirol (berdiri, empat kiri) dan Ketua Kampung Suhaimi (berdiri, empat kanan) bersama sebahagian daripada Jawatankusa dan kakitangan Masjid AlFalah Bukit Kalam.

LABUAN: Masjid AlFalah Kampung Bukit Kalam, Wilayah Persekutuan Labuan menganjurkan pelbagai program pengimarahan masjid sempena bulan Ramadhan 1445 Hijrah.

Pengerusi Masjid AlFalah Amirol Mahali berkata program itu untuk meningkatkan kekuatan ruhiyah terutama dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata masjid sebagai pusat dakwah dan penyediaan perkhidmatan setempat sentiasa berusaha untuk menarik minat masyakarat terutamanya golongan belia dan remaja serta kanak-kanak dengan kegiatan agama.

“Sempena ketibaan bulan yang mulia Ramadan ini, pihak jawatankuasa masjid lebih fokus kepada akitiviti untuk menarik belia dan remaja datang ke masjid dan seterusnya terlibat dengan aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini,”tambah beliau.

Katanya, seramai 30 orang jemaah masjid menyertai program tadarus Al-Quran pada tahun ini.

PESERTA… program Tadarus AlQuran sepanjang Ramadan 1445H

Tambahnya, program itu bermula selepas solat sunat Tarawih diketuai oleh Imam Muhasrizal Mulok dan Friddin Amat.

“Peserta tadarus terdiri daripada warga emas dan golongan belia,”katanya.

Justeru itu, beliau mengalu-alukan kehadiran jemaah dan penduduk kampung untuk terus mengimarahkan masjid pada setiap malam khususnya ketika diadakan majlis atau program keagamaan.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Bukit Kalam, Suhaimi Haji Kula berharap jemaah dan penduduk kampung Bukit Kalam akan terus menyokong program pengimarahan masjid bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi juga selepas bulan puasa berakhir.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Masjid yang sentiasa berusaha menarik golongan belia dan remaja untuk menjadikan masjid sebagai tempat perjumpaan mereka.

Selain itu juga, pihak masjid menyediakan kemudahan teknologi dan perkhidmatan wifi percuma sepanjang bulan Ramadan bagi menggalakkan belia dan remaja berada lebih lama dalam kawasan masjid sebelum dan selepas waktu solat.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN