Gambar: Haji Redzuan (enam kiri) dan Haryadi (enam kanan) bersama sebahagian jemaah yang menghadiri Ceramah Khas Sambutan Maulidur Rasul 2022Peringkat Masjid Al-Munawar Kampung Pohon Batu Wilayah Persekutuan Labuan, baru-baru ini.
LABUAN:Masjid Al-Munawar Kampung Pohon Batu Wilayah Persekutuan Labuan turut tidak ketinggalan mengimarahkan Maulidur Rasul 2022 dengan mengadakan Ceramah Khas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat masjid tersebut baru-baru ini.
Ceramah khas yang bermula selepas Solat Maghrib itu disampaikan oleh Penceramah Jemputan, Ustaz Haji Redzuan Mohd Zin.
Selepas Solat Isyak, majlis diimarahkan lagi dengan Selawat Perdana.
Turut hadir Pengerusi Masjid, Haryadi Omar, Timbalannya, Haji Tassim Amin, Imam Saparudin Kamis, Bilal 1, Razman Awang dan Bilal 2, Azahid Haji Sabtu.
Haryadi berharap lebih ramai jemaah akan mengimarahkan masjid bukan sahaja untuk menunaikan solat fardhu tetapi juga menjayakan pelbagai program keagamaan dan kemasyarakatan.
Tambahnya, Masjid Al-Munawar Kampung Pohon Batu sentiasa mengadakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada umat Islam dan penduduk kampung amnya.
“Kita akan terus mengadakan program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan jemaah dan penduduk Kampung Pohon Batu,”katanya.