26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MASIDI- SATU KLUSTER BAHARU DIREKODKAN DI RANAU

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Rapak, Ranau.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, kluster tersebut dikategorikan sebagai kluster jenis komuniti.

“Kes indeks ini adalah wanita berumur 81tahun, merupakan pemilik bangunan gerai sewa yang sering datang melawat di gerai sub-indeks sebelum mula bergejala batuk, selesema dan sakit dada sejak 22 Ogos 2021.

“Kes indeks kemudiannya disahkan positif COVID-19 melalui Kit Ujian Pantas (RTK-Ag) berkeputusan positif 100 peratus di sebuah klinik swasta pada 23 Ogos 2021 dan berada di rumah sahaja sebelum mendapatkan rawatan pada hari seterusnya,” katanya dalam kenyataan harian Covid-19, hari ini.

Masidi berkata, beberapa siri saringan kontak rapat dijalankan pada 31 Ogos 2021 hingga 04 September 2021 berjaya mengesan 21 kes, sebelum saringan kontak rapat diteruskan pada 08 September.

“Didapati 20 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 42 kes termasuk lima (5) kes baharu hari ini.

“Penularan wabak disyaki berpunca daripada aktiviti melibatkan perkumpulan individu di gerai sewa simpang masuk Kg Rapak,” jelas Masidi.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN