34 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 28, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masidi menerima kunjungan hormat Biro Pembangunan Wanita dan Hubungan NGO Srikandi Bersatu Sabah

KUNJUNGAN HORMAT….Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan, dan Menteri Kewangan II Negeri Sabah,Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (tengah), menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Biro Pembangunan Wanita & Hubungan NGO Srikandi Bersatu Negeri Sabah yang diketuai Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin, ADUN Dilantik merangkap Timbalan Ketua Srikandi Pimpinan Bersatu Negeri Sabah dan rombongan, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri KKTP, Aras 17, Bangunan Innoprise, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Kunjungan hormat daripada Biro Pembangunan Wanita & Hubungan NGO Srikandi Bersatu Wanita tersebut adalah bagi menyampaikan rasa terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas pengiktirafan kepada golongan wanita di Negeri ini melalui implementasi 1/3 atau 30% daripada Ahli-Ahli Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran seperti yang disarankan oleh Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri Sabah adalah terdiri daripada golongan wanita.

Hadir dalam acara tersebut ialah Puan Hasrina Golkan (Timbalan Pengerusi Biro), Datuk Zahra M.Y. Ismail, Datuk Rahmahjan S. Khan, Datuk Rushimah Zakaria, Puan Masturah Jamrah, Puan Roslinah Apin, Puan Julia ABT, Puan Erveana Ansari, Puan Joanna Kitingan dan Cik Liza Din.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN