24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masalah tanah runtuh di Jalan Beaufort-Menumbok akan diatasi segera: Limus

Oleh: Nur Adilah Izzati

KUALA PENYU: Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury, turun padang melawat beberapa lokasi berlaku banjir kilat dan tanah runtuh di Jalan Beaufort-Menumbok, hari ini.

Antara lokasi yang dilawati adalah Jalan Beaufort-Menumbok di Kilometer 59.2, Jalan Mempakul, Kilometer 0.991, Jalan Menumbok-Mempakul, Kilometer 0.325, Jalan Beaufort-Menumbok, Kilometer 56.7, Jalan Beaufort-Menumbok, Kilometer 55.380-55.420 dan Jalan Beaufort-Menumbok di Kilometer 44.8.

Ketika ditanya, Limus yang juga ADUN Kuala Penyu berkata, masalah yang dihadapi di lokasi-lokasi terbabit adalah melibatkan pembetung yang merentasi jalanraya(cross culvert) yang kecil dan tersumbat.

“Ia juga disebabkan oleh tanah mendap (culvert runtuh) serta pergerakan tanah dan kegagalan cerun akibat hujan yang berterusan.


“Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak konsesi di bawah JKR telah dimaklumkan untuk mengambil tindakan segera bagi membersihkan kawasan sungai dan parit yang terlibat,” katanya kepada media, selepas lawatan itu.

Pada lawatan itu, beberapa agensi kerajaan yang berkaitan turut sama, antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Menumbok (MDM) dan Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Kecil Menumbok.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN