Robert (kiri)semasa melawat projek naiktaraf jalan dan parit konkrit Kampung Tohan Baru.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, beliau akan memastikan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasannya diatasi secara berterusan.
“Saya akan cuba usahakan yang terbaik secara berterusan dan konsisten demi kemudahan rakyat dan pengguna di kawasan ini” katanya selepas melawat beberapa lagi projek naik taraf jalan dan parit konkrit yang telah siap dibina sepenuhnya di Kampung Tohan Baru, Apin-Apin kelmarin.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, kerajaan hari ini tidak mengabaikan masalah rakyat lebih-lebih lagi bagi mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
![](https://www.borneodailybulletin.com/wp-content/uploads/2021/09/IMG-20210926-WA0004.jpg)
Robert (dua dari kanan) bersama rombongan semasa melawat bangunan Aktiviti RELA Apin-Apin
Pada hari yang sama wakil rakyat Bingkor itu meluangkan masa melawat bangunan Aktiviti RELA Apin-Apin yang telah siap sepenuhnya.
“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya bersyukur kerana projek-projek yang dilaksanakan berjalan dengan baik dan siap dengan sempurna serta mengikut tempoh yang ditentukan” katanya.
.