Robert (dua dari kanan) bersama rombongan semasa lawatan kerja itu.
KENINGAU: Masalah bekalan air bersih di tiga buah kampung di daerah Tambunan iaitu Kampung Kitau, Lotong dan Bagian perlu diambil perhatian segera.
Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berharap Jabatan Air Daerah Keningau dapat memberi perhatian dan mengatasi masalah di kampung-kampung berkenaan kerana bekalan airnya dari loji Jabatan Air Keningau.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja meninjau permasalahan bekalan air bersih di Kampung Kitau, Lotong dan Bagian pada Khamis.
” Selepas tinjauan ini kita berharap pihak yang berkenaan mengambil perhatian mana-mana yang perlu demi mengatasi permasalahan air bersih di kampung-kampung yang terbabit” katanya.
Turut sama dalam lawatan kerja itu Jurutera Jabatan Air Daerah Keningau DE, Zuraimi @ Zuran Bin Asbullah.



