TERKESAN BANJIR… Belia di Kota Belud turut terkesan akibat banjir di Kota Belud.
KOTA BELUD: Kelab Belia Transformasi Keranjangan (KBTK) mendakwa Ahli Parlimen (MP) Kota Belud, Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis gagal berjalankan tanggungjawabnya menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda daerah itu.
Pengerusinya, Datu Nasrul Datu Mastar berkata, sebagai Wakil Rakyat Isnaraissah Munirah sepatutnya berusaha mencari jalan mengatasi masalah banjir yang kerap melanda Kota Belud.
Katanya, dalam tempoh hampir 2 tahun sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Malaysia, Munirah sepatutnya memastikan Kerajaan Persekutuan dan negeri telah melaksanakan projek menangani masalah banjir di daerah itu.
“Kami berasa kesal dan kecewa dengan MP Kota Belud, kerana gagal menjalankam tanggungjawab yang telah diamanakan oleh rakyat yang telah memilihnya.
“Sampai bila kami perlu berada dalam keadaan risau dan bimbang akan banjir setiap kali musim hujan? Inilah persoalan yang ditanya oleh rakyat Kota Belud terutama ahli-ahli KBTP “, kata Datu Nasrul dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kejadian banjir yang sering melanda Kota Belud sehingga menyebabkan kerugian besar kepada penduduk kampung disebabkan kerosakan tanaman, rumah dan kemudahan asas yang lain.
Seorang penduduk kampung bersama sawahnya yang musnah akibat banjir di Kota Belud.
Katanya, persoalan itu timbul ekoran kejadian banjir besar yang telah melanda daerah Kota Belud sekali lagi pada Sabtu lalu.
“Kami penat mengharungi situasi seperti ini, kami juga perlu masa untuk mencari nafkah untuk keluarga.
“Banjir yang sering melanda kebanyakan kawasan di Kota Belud, bukan sahaja menyebabkan ahli-ahli persatuan dan rakyat hilang punca pencarian, malah terpaksa menanggung kerugian yang besar setiap tahun.
“Rakyat di Kota Belud juga sedar dan tahu bahawa sejak gempa bumi pada tahun 2015, sungai di daerah ini sudah menjadi cetek dan kecil akibat mendapan yang serius sehingga menyebabkan fenomena banjir”, tegasnya.
Datu Nasrul berkata, pelbagai inisiatif dan cadangan telah dirancang oleh Kerajaan terdahulu, termasuk janji-janji daripada pihak-pihak berwajib, namun keadaan ini masih berlarutan sehingga kini.
Justeru, KBTB menggesa Munirah agar “BANGUN DARI TIDUR” dan bertindak secara positif bersama Kerajaan Negeri dibawah pimpinan parti Warisan, segera menyelesaikan masalah banjir di Kota Belud yang sehingga kini masih tiada kesudahan.
“Rakyat tidak mahu mendengar alasan demi alasan yang akan diberikan, termasuk status Ahli Parlimen kini adalah pembangkang di peringkat Kerajaan Persekutuan kerana beliau pernah memegang portfolio Timbalan Menteri Persekutuan”, tambahnya. http://Borneo Daily Bulliten