Masidi ketika berucap merasmikan Cawangan Ke-4 Lee Nyap Auto Parts di Kiaburi Plaza, pada Ahad
RANAU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun menyarankan kepada semua pihak terutama para ahli politik agar menghentikan bercakap tentang politik kerana itu bukan perkara penting untuk dibincangkan buat masa ini.
Menurutnya, membincangkan bagaimana memajukan dan membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 itu yang harus diberi fokus kerajaan sekarang.
“Ada yang asyik berpolitik tetapi tiada hasilnya, bagaikan ‘Tin Kosong’, berbunyi kuat tetapi tiada berisi”, tegas Masidi keika berucap merasmikan Kedai baru (Ke-4) Lee Nyap Auto Parts Sdn Bhd Kiaburi Plaza Ranau pada Ahad.
Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Karanaan menegaskan, tempoh 5 tahun ada PRU, jadi masa itu baru bercerita pasal politik bagi mencari jalan untuk memajukan negeri Sabah khususnya kawasan masing-masing dan bukan masa untuk beroplitik dan menghentam peribadi orang lain.
“Tiada guna memburuk-burukan peribadi orang lain sedangkan diri sendiri belum sempuna dan masih gagal memajukan kawasan sendiri”, tambah Masidi.
Menurutnya, rakyat perlu bijak menilai dan memilih pemimpin yang tahu serta rajin bekerja daripada banyak bercakap tetapi tidak nampak hasil kerjanya ‘kosong’.



