26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MASA OPERASI SEKTOR PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DIKEMASKINI: MASIDI

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

KOTA KINABALU, 7 Jun 2021 : Kerajaan Negeri, hari ini mengemaskini semula masa operasi sektor perniagaan dan perkidmatan dengan membuat pindaan serta merta.

Menerusi kenyataan media Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, hari ini, pindaan itu dibuat selepas mengambil perhatian terhadap maklum balas daripada pelbagai pihak.

“Dengan yang demikian,  masa operasi perniagaan telah dipinda dan berkuatkuasa serta merta bermula esok, 8 Jun 2021,” katanya.

Masidi berkata, antara sektor perniagaan dan perkhidmatan yang dikemaskini masa operasinya bermula 7 pagi hingga 7 malam ialah restoran, cafe, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja, medan selera, kedai serbaneka, perkhidmatan penghantaran (delivery) makanan, pembelian makanan secara bawa pulang (take away) dan pandu lalu (drive thru).

Sebelum ini, masa operasi bagi sektor perniagaan dan perkhidmatan  tersebut ialah 9 pagi hingga 6 petang. Manakala Pasar Awam dan Pasar Harian, masa ditetapkan ialah 6 pagi hingga 3 petang.

Bagi sektor Perdagangan Peruncitan Dan Pengedaran, masa operasi  dibenarkan adalah bermula 7 pagi hingga 7 malam, iaitu:
1.     pasar raya, 
2.     pasar raya besar (hypermall) dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, 
3.     Kedai farmasi dan klinik,
4.     Kedai penjagaan diri, 
5.     kedai serbaneka, 
6.     Kedai hardware,
7.     Kedai Elektrik dan Elektronik,
8.     Kedai runcit dan Mini mart,  
9.     Kedai makan dan Restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah;
10. Dobi (termasuk layan diri);
11. Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan;
12. Kedai cermin mata dan barang optik;
13. Kedai hardware;
14. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti;
15. E-dagang (semua kategori produk);
16. Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja);
17. Kedai buku dan alat tulis;
18. Pusat pengedaran dan penjualan kereta;
19. Kedai peralatan sembahyang dan pengebumian;
20. Pusat khidmat cucian kereta; dan
21. Kedai menjual telefon, handphone dan membaiki telefon.

Waktu operasi premis perniagaan yang dibenarkan di dalam Kompleks Membeli Belah adalah mengikut waktu operasi Kompleks Membeli Belah iaitu 7 pagi hingga 7 malam .
 
STESEN MINYAK

Masa Operasi Stesen Minyak dan Kedai Serbaneka di Stesen Minyak, 6 pagi hingga 8 malam.
 
PEJABAT FIRMA PROFESIONAL:

Akauntan, Peguam, Auditor, Jurutera, Arkitek, Juruukur Berlesen, Juruukur Bahan, Jurunilai, Perancang Bandar, Saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk peyenggaraan) serta semua khidmat profesional, 9 pagi hingga 5 petang .
 
INSTITUSI KEWANGAN DAN PERBANKAN:

Waktu operasi bagi institusi kewangan dan perbankan, 8.30 pagi hingga 5.30 petang
 

Sementara itu, waktu operasi bagi lain-lain aktiviti yang dibenarkan adalah dikekalkan seperti dalam SOP Umum Sabah bertarikh 31 Mei 2021. (SOP Umum Sabah bertarikh 31 Mei 2021)
 

Waktu operasi bagi Sektor Pengangkutan Awam, Maritime dan Sektor Pembinaan dan Penyelenggaraan adalah mengikut SOP Kementerian Kerja Raya Sabah bertarikh 01 Jun 2021. (SOP Kementerian Kerja Raya Sabah bertarikh 01 Jun 2021)
 

Waktu operasi bagi peruncitan berkaitan sektor pertanian, tanaman dan rantaiannya adalah mengikut SOP Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah bertarikh 31 Mei 2021. (SOP Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah bertarikh 31 Mei 2021)
 

Waktu operasi bagi Sektor Perkilangan dan Pembuatan adalah mengikut SOP Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah bertarikh 31 Mei 2021. (SOP Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah bertarikh 31 Mei 2021). -BDB
 


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN