29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mantan Pegawai Daerah Ranau, Faimin Kamin antara 25 calon bertanding AJP PPK sesi 2021-2023

Sebahagian daripada 25 calon bertanding Ahli Jemaah Pengarah PPK Kinabalu..(Dari kiri) Faimin, Amisah dan Suatin

RANAU: Seramai 25 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu (PPK) menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Jemaah Pengarah PPK sesi 2021-2023.

Menurut sumber, 25 calon yang layak bertanding pada Mesyuarat Agung  pertubuhan itu esok (16 Dis) terdiri muka baharu dan lama.

Antara yang tampil menawarkan diri ialah mantan Pegawai Daerah Ranau, Datuk Haji Faimin Kamin.

Faimin sebelum ini pernah menganggotai barisan Ahli Jemaah Pengarah, PPK Kinabalu menerusi kouta lantikan.

Calon lain terdiri ADUN Dilantik, yang juga Pengerusi AJP PPK Kinabalu ketika ini, Datuk Amisah Yassin, Tuahan Mazid, Mohd Imran Malingkub, Paulus Damait , Saiful @ Nain Ginal, Haji Suhaimi Manjun, Amidin Rambaga dan Joseph @ Mohd Marmoh Yukin.

Nama-lain yang turut menawarkan diri bertanding ialah, Kamri Satimin, Suhati @ Suatin Mayor, Adzary @ Ridzwan Jaibi, Spairen Jumin, Kohadie Watiman, Malakim Gapang, Bidi @ Bideh Bongkok @ Rayner, Rapilin Paiman, Hajah Ramuna @ Mainah Mirin, Samirin Kaubi, Massilin @ Masilin Ibrahim, Azrin Lumat, Razipin Gutuk, Mohd Said Abd Rahman dan Mohd Nordin Azmain Abd Salam.

Pada pemilihan itu, hanya 11 orang yang akan dipilih menganggotai Ahli Lembaga Pengarah, termasuk dua orang AJP Peladangnita dan dua orang AJP Peladang Muda.

Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu Kali ke 50 yang bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita”, akan bermula jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Masyarakat Ranau.

Majlis perasmian dijangka akan disempurnakan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Mohd Nazri Abdullah.

Sebelum ini Pengerusi PPK Kinabalu disandang oleh Allahyarham Datuk Haji Jaimin Samitah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN