30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Manifesto PN Labuan  ketengahkan tujuh perkara bagi mengembalikan kegemilangan Labuan

GAMBAR: SUHAILI ketika melancarkan manifesto di markas utama PN di Jalan Tanjung Bendera, pada Khamis.

LABUAN: Calon Parti Perikatan (PN), Datuk Suhaili Abdul Rahman melancarkan manifesto  bagi Labuan dengan mengetengahkan 7 perkara yang telah diperhalusi untuk membina semula kegemilangan Labuan.

Beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Manifesto  dan ceramah umum di markas utama PN di Jalan Tanjung Bendera pada Khamis berkata,  manifesto berkenaan akan melengkapkan manifesto gabungan diperingkat nasional.

Antara 7 perkara yang diketengah oleh bekas ahli parlimen dua penggal (1999-2004) itu ialah mahu meningkatkan peranan Pusat Kewangan dan perniagaan Antarabangsa Labuan  untuk lebih berdaya saing, memulihkan semula Labuan Halal Hab dan memberi perhatian lebih serius mengenai status Labuan Bebas Cukai yang boleh dinikmati oleh semua penduduk Labuan.

“Ini adalah antara isu isu yang akan kita suarakan  bila kita menang pada PRU ke 15 pada 20 November ini dan kita yakin isu isu yang kita bangkitkan ini akan dapat melonjakkan semula ekonomi Labuan” katanya.

Selain itu,Suhaili berkata, tumpuan lain manifesto itu ialah melonjakkan sektor pelancongan pulau ini dengan kemudahan dan produk pelancongan seperti taman tema air.

Suhaili juga berkata, pembangunan sukan, kemudahan kesihatan di hospital Labuan serta kebajikan para nelayan juga adalah sebahagian daripada keutamaan dalam manifesto teersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN