Gambar: Dayang Rusimah @ Raynie Datuk Mohd Din.
LABUAN: Manifesto Parti Bangsa Malaysia (PBM) Wilayah Persekutuan Labuan mengariskan enam teras utama yang memfokaskan pembangunan ekonomi Labuan dan kesejahteraan rakyat.
Calon PBM bagi kerusi Parlimen P166 Labuan, Dayang Rusimah @ Raynie Datuk Mohd Din berkata manifesto itu juga turut mengutamakan pemarkasaan agenda pembangunan dan sosio ekonomi wanita dengan menyediakan pelbagai platform pemasaran domestik dan antarabangsa untuk tempoh jangka masa panjang.
“selain memperkasakan ekonomi Labuan dan hak wanita empat lagi yang digariskan sebagai teras dalam menejahteraan rakyat Labuan ialah isu berkiatan infra asas air termasuk elektrik dan telemukasi, pendidikan belia anak muda dengan memperkaskan semula Yayasan Wilayah Persekutuan dalam pembangunan pendidikan serta memperkasakan semula status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai.
“Kami juga turut menekan sektor kesihatan dengan menaiktaraf kemudahan yang diperlukan serta menambah jumlah doktor pakar” katanya dalam sidang akhbar bersama media di bilik persidangan Hotel Malati Inn di pusat bandar, pada Selasa
Dayang Rusimah, 42 merupakan ketua bahagian PBM Labuan akan menghadapi persaingan lima calon lain melibatkan penyandang, Ahli Parlimen Labuan dua penggal Datuk Rozman Isli (parti Warisan), Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias (BN), Ketua Bersatu Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman (Parikatan Nasional), Ketua Amanah Kawasan Labuan, Datuk Wira Dr Ramli Tahir (PH) dan Datuk Seri Ramle Mat Daly (Pejuang).