29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mangsa kebakaran terima sumbangan daripada James Ratib

SERAH SUMBANGAN….Penyelia Masyarakat Dun Sugut, Kamri Guntalou dan Pemaju Mukim, Justinus Jalang mewakili Datuk James Ratib menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

PENAMPANG: Walaupun tinggal jauh dari kampung halaman sebenar, namun nasib malang yang menimpa 13 keluarga berasal dari sekitar Dun Sugut, Beluran tidak dilupakan pemimpin mereka.

Musibah kebakaran yang berlaku di Kg Babah Bunduon, Penampang telah meranapkan rumah 13 buah keluarga yang mana penduduk berkenaan kebanyakannya berasal dari Kg.Waigon, Tagapalang dan Mangakasulap dalam kawasan Dun Sugut.

Justeru, Datuk James Ratib selaku Adun Sugut telah tampil menghulurkan bantuan beruba barangan makanan, pakaian serta wang tunai untuk meringankan bebanan mangsa-mangsa terlibat.

Kesemua bantuan itu telah disampaikan oleh Penyelia Masyarakat Dun Sugut, Kamri Gantalou dan Pemaju Mukim Justinus Jalang bagi mewakili Datuk James Ratib di Dewan Masyarakat Kg.Babah dimana mangsa-mangsa kebakaran ditempatkan sementara waktu.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan Majon Selamat menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada wakil rakyat Dun Sugut yang prihatin dengan nasib malang yang menimpa mereka.

“Walaupun kami telah berhijrah ke Kg.Babah, Penampang daripada perkampungan asal kami di Dun Sugut, Beluran, namun nasib malang yang menimpa kami tetap diberi perhatian oleh wakil rakyat Dun Sugut. Kami tidak akan melupakan jasa dan kebaikan yang disalurkan oleh beliau”, jelas Majon yang berasal dari Kg.Waigon, Sugut.

Seorang lagi penduduk Zainal Sapin dari Kg. Tagapalang, Sugut turut memuji usaha pemimpin mereka yang disifatkan peka dengan nasib penduduk walaupun mereka tinggal jauh dari kampung asal.

“Saya terharu dengan kebaikan hati wakil rakyat kami. Beliau memang seorang yang pemurah dan kami berdoa agar beliau terus dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berkekalan”, katanya.

Datuk James Ratib ketika ini masih menerima rawatan lanjut disalah sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur akibat mengalami komplikasi paru-paru sejak awal bulan ini. Beliau dilaporkan stabil dan dalam proses pemulihan sebelum dibenarkan balik ke Sabah sekitar minggu hadapan.

Selain lapan buah rumah, turut musnah adalah sebuah gereja dalam insiden kebakaran jam 8.30 pagi yang berlaku di Kampung Babah Bunduon, Penampang pada Sabtu. Selain itu, tiga buah kenderaan turut musnah tetapi tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN