Gambar : TERIMA KASIH….Ebby (kiri) mewakili keluarganya menerima sumbangan peribadi daripada Datuk Jonathan diperhatikan rombongan staff daripada Pejabat Parlimen Ranau.
RANAU: Keluarga pemilik rumah kediaman yang musnah dalam satu kebakaran di Kg.Kilimu 6 kilometer dari pekan di sini pagi kelmarin (28 Disember), mendapat perhatian dan simpati daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang datang pada sebelahb petangnya menyantuni keluarga terlibat sambil menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga berkenaan diketuai tuan rumah, Theybie@ Ebby James Dusi 62.
Ebby ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasi kepada Datuk Jonatan dan rombongannya kerana datang menjiarahi sekeluarganya yang tinggal sehelai sepinggang berikutan tragidi tersebut yang berlaku kira-kira jam 7.40 pagi pada Selasa (28 Disember).
“Saya mewakili keluarga berterima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan bersama rombongannya dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dan menghulurkan sumbangan kepada keluarga saya”, jelas Ebby dengan perasaan sebak.
Dalam kejadian itu, telah memusnahkan 97 peratus bangunan rumah kediaman separuh kekal milik keluarga Ebby dan berjaya dipadamkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Ranau sejam kemudian.