26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mangsa kebakaran rumah di Kg.Bakiau, terima sumbangan ADUN Bingkor

Zaki (kanan) mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada David

Oleh: Marutin Ansiung

KENINGAU:Keluarga David Imburus yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka ranap dijilat api dalam kebakaran yang berlaku lebih kurang jam 2.00 subuh tadi di Kampung Bakiau dekat sini mendapat perhatian dan simpati daripada Ahli Dewan Undangan Negeei (ADUN)Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin.

Selain memusnahkan rumah kediaman kebakaran itu turut meragut nyawa seorang warga emas berumur dalam limgkungan umur 70an Ambrose@imburus Bin Antogou  (bapa David).

Robert yang juga Pembantu Menteri kerja Raya memberi sumbangan dalam bentuk zink dan barang-barang keperluan harian bagi meringankan beban keluarga David.

Beginilah keadaan api yang meranapkan rumah keluarga David subuh tadi.

Sumbangan itu disampaikan oleh Penyelia Masyarakat UPPM Bingkor Zaki Zakaria.

Semasa menyampaikan sumbangan itu Zaki turut menyampaikan salam dan ucapan simpati Robert terhadap keluarga David.

Sementara itu David berterima kasih yang tidak terhingga kepada ADUN Bingkor itu yang bertindak pantas memberikan sumbangan kepada keluarganya yang menghadapi musibah yang tidak diduga itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN