26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mangsa kebakaran bebas COVID 19

TINJAU……Bashir (tiga dari kiri)  bersama Rithuan (empat kiri)  ketika meninjau perkembangan mangsa kebakaran yang ditempatkan di PPS Kompleks Darul Kifayah, malam kelmarin.

LABUAN: Kesemua 31 mangsa daripada 9 buah keluarga kebakaran rumah di Kampung Gersik yang kini ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara  (PPS), Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan disahkan bebas daripada jangkitan COVID 19.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad, berkata semua mangsa yang dipindahkan ke PPS telahpun menjalani ujian saringan kesihatan COVID 19  yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan sebelum mereka dibenarkan masuk ke pusat tersebut.

“ Kesemua  31mangsa  yang melibatkan 10 lelaki dewasa, 10 wanita dewasa, 5 kanak-kanak perempuan, 3 kanak-kanak lelaki dan 3 bayi  yang  dipindahkan ke PPS telah menjalani ujian saringan kesihatan  dan kesemua mereka disahkan bebas daripada jangkitan COVID 19” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika ditemui selepas   meninjau perkembangan mangsa kebakaran di PPS di Kompleks Darul Kifayah MAIWP, pagi ini (Isnin).

Beliau turut menjelaskan proses mengurus mangsa berkenaan turut dibantu oleh beberapa agensi yang terlibat di bawah Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Labuan.

Dalam waktu yang sama, MAIWP Labuan juga telah membuat penelitian mengenai bentuk bantuan yang bersesuaian untuk disalurkan kepada mereka yang terlibat.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias yang turut meninjau  mangsa di PPS pada malam tadi (Isnin) mengucapkan tahniah kepada JKM dan JBPD Labuan kerana bertindak pantas untuk membantu  menempatkan mangsa ke dewan Darul Kifayah yang dijadikan sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa kebakaran.

Selain itu, beliau juga menzahirkan rasa lega kerana semua mangsa yang dipindahkan ke PPS dalam keadaan selamat dan bebas daripada COVID 19.

Turut sama meninjau mangsa bersama Bashir ialah Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Rithuan Ismail.

Pada Sabtu, seramai 74 mangsa daripada 15 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila empat buah rumah di Kampung Gersik musnah dalam satu kebakaran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN