Ghani menyampaikan sumbangan kewangan untuk pembelian bakul makanan yang akan diagih-agihkan kepada mangsa banjir.
KUALA LUMPUR:Sebaik sahaja menerima panggilan dan keluhan sahabat-sahabat di Sri Muda Selangor Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin bergegas di lokasi menemui mangsa banjir dari Pensiangan yang tinggal di kawasan itu.
Ghani yang berada di sini kerana menghadiri Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)dan menjalankan tugas rasmi sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah turun padang melawat masyarakat dari Pensiangan yang terlibat dengan kejadian banjir pada Sabtu lepas.
Dalam lawatan itu Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)berjumpa sendiri dengan ketua-ketua Badan Bartindak DGY Team dan menghulur bantuan kewangan bagi tujuan penyediaan bakul makanan.
Bantuan bakul makanan itu akan diagih-agihkan kepada keluarga yang terjejas dengan banjir di kawasan Sri Muda.
Menurut Ghani, beliau sentiasa membantu masyarakat di dari Pensiangan yang tinggal di kawasan Sri Muda jika ada masalah yang timbul dikalangan mereka.
Sehubungan dengan itu katanya, badan bertindak telah dibentuk yang memainkan peranan sebagai pengantara masyarakat di kawasan itu dengan beliau.