26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Manfaatkan usia muda dengan aktiviti berfaedah: Jonathan

TERIMA KASIH…Datuk Jonathan (empat kiri) menerima cenderakenangan disampaikan Aminin disaksikan yang lain.

RANAU: Golongan belia  disaran agar memanfaatkan usia muda mereka dengan menyertai program dan aktiviti yang berfaedah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, para belia dan biawanis harus bijak mencari dan menyertai aktiviti berfaedah sebagai benteng diri daripada terjebak dengan kegiatan terlarang seperti penagihan najis dadah, mencuri dan merosakkan harta benda awam yang sekiranya didapati dan disabitkan kesalahan akan merosakkan kehidupan masa depan apabila dikenakan tindakan  undang-undang.

“Justeru saya menasihatkan generasi muda supaya menghindarlan diri daripada terlibat dengan apa juga kegiatan yang boleh menghancurkan masa depan mereka”, jelas Datuk Jonathan ketika merasmikan program Enduro Tournament anjuran Kelab Motosikal Lasak Komuniti Sarayo di Kg.Tagudon Lama Ranau baru-baru ini.

Datuk Jonathan memuji Jawatankuasa penganjur program itu dan menyarankan agar lebih banyak aktiviti dianjurkan yang boleh mengajak golongan muda untuk menyertainya sekaligus antara wadah meningkatkan perpaduan dikalangan penduduk setempat.

“Program murni seperti  ini diharap menjadi benteng kepada generasi belia daripada melibatkan diri dengan kegiatan tidak bermoral”, tambah Datuk Jonathan.

GIMIK….Datuk Jonathan cuba bakat menunggang Motosikal yang digunakan salahseorang peserta  program itu.

Sementara itu, pada program melibatkan 90 peserta dari tiga kategori itu, yang dipertandingkan menyaksikan  kehebatan Nuramirul@Antang untuk muncul juara kategori ‘Standard’ meletakkan  Hanif Jairis@Marif (naib johan) dan Jarawan Samikin menduduki tempat ketikga.daripada 10 orang peserta.

Bagi Kategori ‘Open’ Johan disandang Redeuan Agustine meletakkan Hanif Tapiris ditangga naib johan dan tempat ketiga diberikan kepada  Hafiz menewaskan 7 peserta lain.

Kategori ‘Cubcross’ johan disandang oleh  Darel Ping-pin diikuti  Mohd Fadele (naib johan) dan Max Ben memduduki tempat ketiga daripada 10  peserta.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pembangunan) selaku Pengerusi Penganjur, Aminin Bin Manjun disaksikan ratusan penduduk.

Sempena program itu, Datuk Jonathan  sempat berkenal mesra  sambil menyantuni mereka  dengan sumbangan wang tunai kepada penduduk kampung yang menjual pelbagai makanan, minuman ringan dan buah-buahan tempatan sekitar lokasi program.

             TAMAT

1.TERIMA KASIH…Datuk Jonathan (empat kiri) menerima cenderakenangan disampaikan Aminin disaksikan yang lain.

2.GIMIK….Datuk Jonathan cuba bakat menunggang 
Motosikal yang digunakan salahseorang peserta  program itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN