30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis ‘Tautan Kasih’ anjuran 5PMD landasan persaudaraan, perpaduan dan keharmonian

Pesara Paling Lama’, Cikgu SabinBin Masry (kiri) menerima cenderamata disampaikan Erwan

RANAU: Majlis ‘Tautan Kasih’ anjuran Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia cawangan  di daerah ini (5PMD) di Lohan Rest House (LRH) di sini petang tadi (20 Januari) menjadi landasan bagi mengekalkan ikatan persaudaraan, perpaduan dan keharmonian sedia terjalin dikalangan pesara sekaligus mengenang jasa dan pengorbanan mereka.

Pengerusinya, Duin @ Deen Erwan Bin Gunda dalam ucapan aluanya mewakili ahli persatuan berkata, majlis itu juga sebagai meraikan sambutan Hari Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2022 dengan harapan semua pesara sentiasa sihat wallafiat bersama rakan-rakan seperjuangan disamping keluarga tersayang masing-masing.

(Kiri) Benedict , (Kanan) Majus

“Selain sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu, majlis seperti ini juga diadakan setiap tahun sama ada  sambutan Hari Raya dan sambutan Pesta Kaamatan, bergantung kepada kewangan persatuan kami”, jelas Erwan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimem Ranau, Benedict Gunda yang membaca teks ucapan  Timbalan Menteri Dalam Negeri II,  yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, memuji Persatuan Pesara (5PMD) Ranau kerana berjaya menganjurkan majlis ‘Dua Serangkai’ (sambutan Hari Natal dan  Tahun Baharu) dengan lancar serta teratur sebagai landasan memupuk perpaduan serta permuafakatan yang sudah sekian lama terjalin dikalangan pesara tanpa membezakan suku kaum dan agama.

Menyerikan majlis persembahan tarian ‘Tautan Kasih’ oleh belia-beliawanis BTSM Namaus Ranau

Datuk Jonathan mengharapkan agar para pesara terus aktif berbakti kepada masyarakat dalam pelbagai kapasiti agar pengetahuan dan pengalaman berharga daripada para pesara tidak hilang ditelan zaman, sebaliknya terus mekar memberi infak positif kepada masyarakat sekarang  dan generasi akan datang.

“Sumbangan bakti dan pengorbanan para pesara sentiasa dikenang dan dihargai”, tambah  Datuk Jonathan.

Lebih 90 orang pesara menghadiri majlis itu  yang diserikan dengan persembahan ‘Karaoke’ daripada para pesara.

Turut hadir dan berucap ialah, Pegawai Pendidikan Daerah Ranau selaku Penasihat 5PMD Majus Munsing dan Pengerusi bersama, Darius Masugal diserikan dengan Deklamasi Puisi oleh mantan Guru Besar SK Pekan Dua Ranau, Mahmud Bin Jahar dan persembahan Tarian Natal ‘Tautan Kasih’ oleh belia-beliawanis  BTSN Namaus Ranau dibawah pimpinan Paster Jason Philip.

              TAMAT

1.Benedict ketika berucap mewakili Datuk Jonathan.

2.Turut berucap….Majus Munsing.

3.Pengerusi 5PMD Ranau, Erwan Gunda.

  1. ‘Pesara Paling Lama’, Saily Bin Masry (kiri) menerima cenderamata disampaikan Erwan.

5.Menyerikan majlis persembahan tarian ‘Tautan Kasih’ oleh belia-beliawanis BTSM Namaus Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN