30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAJLIS ‘SEPETANG BERSAMA KELAB DAM’ SUATU KESYUKURAN BUAT SEMUA DI DUN PAGINATAN

Datuk Abidin (tengah) dan Juis (6 dari kiri) selepas penyampaian cendera kenangan

MAJLIS ‘Sepetang Bersama Kelab DAM’ (Kelab Datuk Abidin Madingkir) walaupun disambut santai dan sederhana seadanya dan bukan seperti program sambutan pesta kaamatan atau majlis rasmi lain sebagaimana yang sempat dihadiri oleh YB. Datuk Abidin Madingkir di DUN Paginatan sebelum ini namun majlis yang diadakan di D’Moitap, Kampung Muruk baru-baru ini mengungkapkan seribu makna mendalam kepada semua bila mana majlis santai tersebut diumumkan bagi meraikan kesyukuran buat semua penduduk di DUN N38 Paginatan khususnya Datuk Abidin Madingkir.

Dalam ucapan mukadimah majlis, Juis Konsuling (Pengerusi Penganjur) menjelaskan selepas kemenangan parti STAR di DUN N38 Paginatan pada pilihanraya negeri lalu (Tahun 2020) bagi memilih anggota Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, pihaknya telah merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran kemenangan wakil rakyat yang dipilih iaitu Datuk Abidin Madingkir. Namun program tersebut tidak dapat dilaksana disebabkan suasana di seluruh negara termasuk Negeri Sabah ketika itu telah dilanda virus covid-19.

Majlis ‘Sepetang Bersama DAM’ dimulai dengan upacara ‘yell’ dipimpin oleh Juis sebagai simbolik kepada 5 kesyukuran iaitu bagi meraikan kemenangan Parti STAR DUN N38 Paginatan, kesyukuran mendapat seorang pemimpin selain prihatin dan berwibawa malah seorang kawan yang mesra seperti sahabat yang lain, meraikan rakan-rakan yang telah dilantik memegang tugas di Pejabat UPPM N38 Paginatan, para pemegang adat dan pengerusi-pengerusi JPKK, mensyukuri atas sokongan semua penduduk di 82 kampung di DUN Paginatan dan memohon keberkatan Parti STAR di semua pelusuk khususnya di DUN Paginatan agar terus dominan sebagai salah sebuah parti tempatan dalam GRS yang konsisten memperjuangkan hak rakyat Sabah.

Datuk Abidin Madingkir dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua penduduk di DUN N38 Paginatan atas sokongan seterusnya kemenangan yang sangat bersejarah buat dirinya untuk kali yang kedua dalam pilihanraya lalu.

“Terimakasih kepada para pegawai saya di Pejabat UPPM kerana sentiasa bertungkus lumus menyampaikan bantuan khususnya bungkusan-bungkusan makanan yang perlu disampaikan kepada penduduk kampung yang terkesan pandemik. Saya bersyukur, semua mereka tidak dijangkiti ketika masuk ke kampung menghantar bantuan bagi pihak saya. Saya juga mohon maaf tidak dapat melakukan lawatan ke kampung-kampung selepas kemenangan kerana semua wakil rakyat ketika itu diarah untuk mengurangkan lawatan ke kawasan masing-masing untuk menghindarkan kemungkinan jangkitan virus covid” jelasnya.

“Terimakasih kepada kepimpinan Parti STAR Paginatan, KAN Dualis Porodtong dan Yasiri Bijin (Pemaju Mukim Paus/Paginatan) kerana bekerja keras membantu mewujudkan cawangan-cawangan parti STAR di semua kawasan di DUN Paginatan. Walaupun parti STAR pusat tidak memperuntukkan keperluan penubuhan cawangan parti di setiap kampung tetapi kita tetap komited demi memudahkan pentadbiran parti di DUN Paginatan,” katanya.

“Sampaikan salam dan terimakasih saya kepada semua pengundi di N38 Paginatan yang telah memberi peluang kepada saya menjadi  wakil rakyat. Saya bukanlah seorang yang sampurna tetapi saya akan berusaha dan berjanji melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di DUN Paginatan selagi undi memihak kepada saya,” ujar Datuk Abidin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Lajim Abd Momen (Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri), OKK Muhasip Hj Ruman (Ketua Daerah), Moris Majangki (WKAN Paginatan) dan para pemimpin masyarakat yang lain.

Dalam majlis tersebut beberapa acara telah dijalankan. Antaranya Penyanyi Spontan dimenangi Winek Yuni (kategori wanita), dan Onit@Sainin Hamid (kategori lelaki), Judith Miki (Best Dress) dan Jeffrey Yomou (Best Dress) dan Winek Yuni (Pasangan Penari Sporting).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN