Nor Azrina bersama Suhaili menyampaikan ‘angpau’ kepada Kanak Kanak yang hadir pada majlis tersebut.
LABUAN: Penganjuran majlis Rumah Terbuka yang diraikan oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini bukan sekadar perayaan semata mata tetapi manifestasi kearah memperkukuhkan keharmonian kaum sekaligus menjadi tunjang kepada kekuatan negara.
Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Wilayah), Dr.Zaliha Mustafa dalam ucapannya merasmikan Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan di sini, baru baru ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setia Politik, Nor Azrina Surip.
Jelasnya, keharmonian kepelbagaian kaum itu juga selaras dengan semangat MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Keharmonian yang dibina atas semangat perpaduan dan saling mempercayai serta hormat menghormati antara masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu dipertahankan” katanya.
Dalam waktu yang sama Dr.Zaliha berkata, Kerajaan MADANI sentiasa berusaha memastikan setiap dasar yang diperkenalkan bersifat inklusif dan berpaksikan kepada keperluan rakyat.
Selain itu, sebuah negara yang bukan hanya membangun dari segi ekonomi, tetapi juga kukuh dalam nilai perpaduan dan keadilan sosial” katanya.
Zaliha berharap tahun ular yang membawa maksud sebagai satu simbol kebijaksanaan, ketangkasan dan strategi akan membawa negara kearah yang lebih dinamik dan berdaya saing.
Hampir seribu masyarakat pelbagai kaum hadir meraikan sambutan rumah terbuka itu.
Hadir sama, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yii, Ahli Parlimen Labuan Dato’ Indera Dr Suhaili Abdul Rahman dan Mantan Ahli Parlimen, Datuk Rozman Isli.



