Meriah..! melayangkan ‘mortar board’ ke udara, simbolik tamat sekolah rendah
RANAU: Seramai 27 orang murid yang telah menamatkan persekolahan Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Nalapak telah diraikan dalam satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 6 yang berlangsung di Mini Dewan sekolah itu baru-baru ini.
Mereka terdiri daripada Jav Alvender Aivine, Jackniyonna Jaudin, Mohamad Al-Aqief Azmie, Enrica Ronny, MC Allent Frenco JR, Jerryco Jainis, Kissnadwah Falduha Azman, Beatrice Peter, Ethlovia Charollatte Henry, Vectoria Maidin, NurAsyirah Toh, Mohamad Adeeb Joe Lidy, Shandy Aulia Hairy, Edna Alyeonie Aniliau, Audrich Nel Chia, Aeron Addron Ray Sonny, Vanessa Ramlie, Rea Elydebra Ardin, Hadiq Qushairey, Nursyatirah Firhany Matirius @ Jaslin, Rodvandy Roddy Ronny, Ian Octavius Peter, Adrick Enrico Frankie, Alice Samantha Jobily, Jey Hanson Jalement, Nurul Izahty Balqis Hamdin dan Danessa Shireen Sanjay.
Majlis tersebut yang digabungkan sekali dengan majlis perpisahan Tahun Enam menyelitkan berbagai aktiviti seperti penyampaian sijil dan anugerah, penyampaian fail dokumen ke sekolah menengah, bertukar-tukar hadiah, memotong kek perpisahan, persembahan deklamasi sajak, persembahan nyanyian, acara melayangkan ‘mortar board’ bagi simbolik tamat bersekolah di sekolah rendah dan jamuan.

Terimakasih.. Danessa Shireen Sanjay (salah seorang murid Tahun 6) menerima sijil daripada Shamsuddin
Wakil guru besar, Shamsuddin Salamun (Guru Kanan Hal-Ehwal Murid) dalam ucapannya menjelaskan semua murid akan memulakan sesi persekolahan pada bulan Mac depan iaitu selepas cuti di tiga buah sekolah menengah iaitu SMK. Lohan, SMK. Ranau dan SMK. Matupang mengikut keputusan penempatan masing-masing.
“Majlis kita pada hari ini cukup ringkas dan sederhana kerana ia hanya melibatkan murid Tahun 6 sahaja manakala murid lain berada dalam kelas. Kita juga tidak membenarkan sesiapa termasuk ibu bapa murid Tahun 6 mahupun orang luar untuk hadir ke majlis ini kerana semua sekolah masih berada dalam kawalan SOP yang ketat “ katanya.
Dalam pada itu, Shamsuddin menyeru agar semua murid terus berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sahsiah masing-masing. Semua ilmu pengetahuan selama tujuh tahun berada di sekolah rendah termasuk di pra dan TABIKA hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai bekalan ke alam persekolahan baru yang disifatkannya lebih mencabar.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Guru Kanan Kokurikulum, Mohd ZulFazly Mohamad Rashid, Ronny Madan (Guru Kelas Tahun 6), Joy Begul (Pengacara Majlis), Hanisah Duis (Jurufoto), Rusnita Sarinin (Jamuan)/kek) dan Syafiq Abdullah (Guru Matematik Tahun 6).