Petrolina(duduk tengah)bersama Ahli Jawatankuasa Penganjur Majlis Pontitimungan Sayat TAUT.
KENINGAU:Majlis Pontitimungan Sayat Tomeni, Angkapon, Upit danTogod (TAUT) 2022 akan diadakan pada 9 September ini di Taman Bandukan Riverside Resort Keningau.
Menurut Pengerusi Penganjur Puan Patrolina Munting Tetamu khas pada majlis itu adalah Pembantu Menteri Kerja raya Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Petrolina berkata, majlis itu adalah perkumpulan keluarga besar TAUT iaitu Tomeni, Angkapon, Upit,
Togod.
“Majlis yang akan diadakan ini adalah yang ke lima, di mana majlis yang pertama pada tahun 2002 dan yang terakhir pada tahun 2019 yang diadakan di Hotel Perkasa Keningau” jelas Petrolina.
Beliau merayu kepada ahli ahli keluarga TAUT yang berada dimerata tempat di negeri ini dapat meluang masa menghadiri dan mengikuti majlis itu.
“Inilah peluang bagi ahli-ahli keluarga TAUT untuk mengenali sayat-sayat TAUT yang jarang-jarang bertemu malahan ada yang sama sekali tidak mengenali diantara satu sama yang lain” tambahnya.
Tambahnya lagi, penganjuran majlis ini telah diputuskan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Keluarga Besar TAUT.



