KENANGAN…. Abidin (berdiri tengah) bersama tetamu jemputan dan AJK pelaksana Majlis Makan Malam 25 Thaun JubliĀ Perak SMK Lajau.
LABUAN: Majlis Makan Malam Jubli Perak 25 Tahun SMK Lajau anjuran Persatuan Alumni SMK Lajau disambut penuh meriah.
Majlis yang diadakan di salah sebuah hotel di sini telah dihadiri lebih 100 orang yang terdiri mantan guru dan bekas pelajar tahun 1997-2005.
Turut memeriahkan suasana sambutan malam gilang gemilang itu ialah Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang juga mantan Pengetua pertama SMK Lajau, Haji Abidin Marjan.
Pada majlis itu, Abidin turut diberi penghormatan untuk merasmikan dan melancarkan Tabung Apresiasi Anak Bangsa SMK Lajau
Tabung yang diilhamkan oleh Persatuan Alumni SMK Lajau itu antara lain bertujuan untuk membantu aktiviti dan kebajikan pelajar SMK Lajau.
Terdahulu, Abidin ketika berucap pada majlis itu menzahirkan rasa kagum dan terharu atas kesungguhan mantan anak murid beliauĀ yang sebahagian besar telah mencapai tahap yang amat membanggakan danĀ menjadi pemimpin yang hebat lagiĀ berwibawa.
CENDERAHATI….. Abidin menerima cenderahatiĀ daripada Yusmieta (kanan sekali)
āDi kalangan mereka ada yang menjadi pensyarah, jurutera, akauntan dan juga usahawan-usahawan yang berjaya…inilah hasil yag kita lihat sebagai kemajadian manusia yang berjaya dilahirkan sepanjang saya memimpin sekolah ini satu ketika dahuluā katanya.
Sementara itu, majlis yang bertemakan ā25 Tahun SMK Lajau: Suatu Naratif turut disajikan degan pelbagai persembahan termasuk seni silat, tarian, cabutan tiket bertuah, hadiah misteri Penampilan Khas (King & Queen The Night) serta persembahan busker dari kumpulan band Basing Tanjung.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Yusop Mohamad, Pengarah Urusan Bakti Property Sdn. Bhd. Datuk Wira Dr Ramli Tahir, Pengetua SMK Lajau, Siti Aminah Zakaria, Penaung Persatuan Alumni SMK Lajau, Dr. Sharinah Puasa dan Pengerusi Persatuan Alumni SMK Lajau, Yusmieta Yunos.