25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis Apresiasi@Merdeka saksi   sokongan dan komitmen semua pihak jayakan Sambutan Bulan Kebangsaan

RAKAN STRATEGIK…. Bashir menyampaikan cenderahati kepada wakil syarikat LSE Sdn. Bhd, Zyee F. Dullie  yang menjadi rakan strategik Jabatan Penerangan Labuan. 

LABUAN: Majlis Apresiasi@ Merdeka yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan merupakan  saksi kepada  kejayaan warga Labuan dalam melaksanakan  dan menyemarakkan  semangat  rasa sayangkan negara dan sifat   patriotisma sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Gemilang yang diadakan   tahun ini.

Demikian kata Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias ketika berucap merasmikan Majlis  Apresiasi@Merdeka Keluarga Malaysia 2022 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini malam tadi.

Beliau berkata, bagi pihak Perbadanan Labuan yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang  peringkat Labuan merakamkan penghargaan  dan setinggi- tinggi tahniah di atas sokongan semua pihak kerana program tersebut cukup bermakna serta meninggalkan impak kepada seluruh lapisan masyarakat di pulau ini.

“Kerjasama yang padu ini membuktikan bahawa semua agensi kerajaan, swasta, badan sukarela dan rakyat Labuan keseluruhannya sentiasa mendukung  semangat kemerdekaan sekaligus meningkatkan elemen perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum” katanya.

Jelas beliau lagi, semangat dan komitmen ini juga selari dengan tema sambutan Hari kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun ini iaitu “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” dan ia merujuk kepada masyarakat Malaysia yang hidup aman damai bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Frasa tambahan ‘Teguh Bersama’ pula membawa maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif dan mampan.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Ab. Rasil Hajatil dan  Ketua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan dan rakan strategic Jabatan Penerangan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN