30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis Apresiasi satu pengiktirafan, penghargaan

TAHNIAH…Foo Lee Yen menyampaikan Anugerah berupa Sijil dan Hadiah kepada salah seorang penerima diperhatikan Ismail ( kanan) dan ibu pelajar.

RANAU: Majlis Apresiasi yang diadakan diperingkat Sekolah Rendah dan Menengah  merupakan  pengiktirafan, meraikan dan penghargaan atas kejayaan murid dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsia.

Sesungguhnya majlis itu, amat penting serta amat bermakna kepada  murid-murid yang bakal mewarisi masa depan negara.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau, Sektor Perancangan, Foo Lee Yen berkata, majlis seumpanya juga merupakan penghargaan ‘Ektrinsik’ yang berperanan menyuburkan motivasi diri dan keinginan untuk terus berjaya dikalangan murid-murid seterusnya merangsang nilai-nilai kreativiti, inovatif dan pemikiran kritis yang sememangnya  amat diperlukan dalam kehidupan dunia masa kini seperti yang digariskan dalam salah satu Apresiasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  (PPM) 2013-2025.

“Sesungguhnya,
suasana kehidupan masa ini, amat menuntut agar semua pihak perlu bijak dan pantas  menangani perubahan.

“Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab dan peranan kita semua agar mempersiapkan anak-anak  kita selaku generasi masa hadapan dengan  ilmu dan kemahiran yang sesuai zaman mereka”, jelas Foo Lee Yen ketika berucap mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Barizah Binti Mohd.Kahar merasmikan Majlis Apresiasi Peringkat SK.Pekan Ranau bagi sesi 2022-2023 melibatkan 120 orang pelajai menerima anugerah masing-masing di Dewan Terbuka sekolah itu baru-baru ini.

Menurutnya hal itu, dapat diusahakan sebagai pendekatan pedagogi abad ke-21 khususnya aplikasi elemen 4C (Creavity, Critical Thinking, Collaburation dan Communication) semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.

“Sepakara yang perlu diingat bahawa, dalam memastikan kemenjadian  anak didik semua pihak seperti Guru Besar, guru-guru, ibu bapa, komuniti setempat dan Pihak Pejabat Pendidikan Daerah perlu bersama-sama memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan ‘Visi’ untuk melahirkan insan yang terdidik  demi kesejahteraan  negara melalui  pendidikan yang berkualiti”, jelasnya.

Foo Lee Yen memuji inisiatif Guru Besar dengan kerjasama semua guru dan ibu bapa SK.Pekan Ranau kerana telah melaksanakan majlis Apresiasi sekolah itu setiap tahun dengan jayanya.

“Kejayaan anda melaksanakan majlis seumpama ini merupakan  bukti permuafakatan yang kukuh dikalangan guru dengan para ibu bapa”, tambah Foo.

Berucap sama mewakili sekolah ialah, Guru Besar SK.Pekan Ranau, Ismail Bin Salleh sementara antara ratusan ibu bapa yang hadir ialah, Yang Dipertua PIBG, Willam Babah Dunggi.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN